Akhirnya DS Nur Shahida Post Juga Video Qayyum, Dari Pagi Tiada Kekuatan Hendak Berkongsi

Berakhir sudah episod Qayyum bersama keluarga Aliff Syukri, Seperti mana yang kita semua tahu Qayyum diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Aliff Syukri setelah dilahirkan, dan setelah beberapa kontroversi melanda akhir akhir ini akhirnya Qayyum dipulangkan kembali kepada ibu kandungnya

Ramai yang sedia maklum Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida telah menyerahkan kembali anak angkat mereka Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah ke pangkuan keluarganya pada hari ini. Untuk pengetahuan semua, Qayyum dijaga oleh pasangan pengasas produk kosmetik terkenal ini sejak dari dalam kandungan ibu kandungnya sehingga kini Qayyum telah berusia setahun lebih.

Walaupun berat berpisah dengan Qayyum, tetapi pasangan ini terpaksa akur dengan kehendak ibu dan keluarga kandung Qayyum. Berat mata memandang, legi berat bahu yang memikul.

Terkini,Instagram Datin Shahida berkongsi video saat-saat terakhir sewaktu berpisah dengan Qayyum. Video ini membuatkan ramai yang sebak dan menangis menontonnya. Baca perkongsian Datin Shahida

Instagram shahidadherbs

Dari pagi x ada kekuatan nak post video ni…..ramai yg dm nak tgk saat akhir…saya pun x sanggup……

Tapi kenangan saya pernah jaga dia…minta maaf sangat2 mama x sanggup nak peluk cium qayyum lama2 sampai mama tolak sebab x nak sedih!!!

Masa akan rawat hati saya…Insya Allah

Video:-

Sebahagian dari Komen-Komen Netizen yang turut sebak menonton video ini:-

tq semua…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum…. tq semua sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya

Instagram aliffsyukriterlajaklaris

tentang kasih manusia..

lagu #selawatdodoianakku ini kami rakam 3bulan lalu ciptaan @hafizhamidun .. tapi kami simpan.. lagu ini kami buat saja suka2 utk smua anak2 kami…lagu utk anak2 nyanyi bila dia besar untuk diingat anak cucu.. ttpi saya hadiahkan khas utk yom krn hari ini dia dah balik dah … berbagai kenagan selama dia dlm perut lagi kami dah jaga…kami berikan nama lagu ni #selawatdodoianakku .. semoga yom ingat bila dah besar nanti.. isnin ni boleh tngok di youtube saya tvterlajaklaris ciptaan lagu @hafizhamidun khas utk mereka nak dodoikan anak.. tpi kalau nak dengar boleh le joox, itune , spotyfive smua ada..

Komen Anda?