fbpx

Akhirnya Abang Botak Bebas Sementara Tetapi Mahkamah Meletakkan Syarat Kepada Dia

Abang Botak dibebaskan dari penjara selepas bermalam selama 6 hari. Ini berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman itu. Mahkamah turut menetapkan RM6000 sebagai jaminan dan memerintah suspek Danial Tan Abdullah untuk melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Abang botak bebas sementara

KUALA LUMPUR: Pembantu stor Danial Abdullah Tan, 31, yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Botak’ dibebaskan sementara daripada menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.

Ia susulan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu, Jumaat lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nur Shahira Abdul Salim, yang turut menetapkan RM6,000 sebagai jaminan.

Mahkamah turut memerintahkan Danial untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran sebanyak dua kali setiap bulan.

Danial memfailkan permohonan semakan terhadap hukuman terhadapnya itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Pada 31 Mei lalu, mahkamah menetapkan Danial menjalani hukuman penjara selama 12 bulan selepas beliau mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan khianat hingga menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta Perodua Axia, milik Siew Chean Voon, 58, pada 28 Mei lalu, dengan menggunakan topi keledar miliknya di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini pada jam 5.30 petang.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?