Akademi JDT Dapat Pengiktirafan Dari AFC

Tahniah Kelab Bolasepak JDT. Akademi Bolasepak JDT Mendapat Pengikhtirafan Sebagai Akademi Bolasepak 2 Bintang ( Two Star Academy ) Yang Maju Oleh Konfederasi Bolasepak Asia ( AFC ) Di AFC Elite Youth Scheme

Perkara mengenainya diberitahu menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

AKADEMI JDT TERIMA STATUS DUA BINTANG AFC — PERTAMA DAN SATU-SATUNYA AKADEMI KELAB BOLA SEPAK PROFESIONAL DI MALAYSIA

Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dianugerahkan status Akademi Dua Bintang (Two-Star Academy) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di bawah AFC Elite Youth Scheme.

JDT merupakan satu-satunya kelab bola sepak Malaysia yang dianugerahkan status sedemikian.

Akademi JDT menerima akreditasi pada bulan Mac selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak Asia tersebut. Anugerah tersebut disampaikan kepada JDT hari ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia sebagai wakil AFC.

BUKAN SEKADAR SIJIL

Sekeping sijil ini adalah indikasi kelab bolasepak JDT semakin maju ke hadapan. Sekeping sijil ini adalah peringatan bahawa kelab bolasepak JDT tidak akan berhenti daripada terus menerus menjadi ‘Pioneer’ dalam kancah bolasepak. Sekeping sijil ini juga membuktikan bahawa Akademi Bolasepak JDT menjadi kelab bolasepak profesional pertama di Malaysia menerima pengiktirafan DUA bintang Skim Belia Elit AFC.

Tahukah anda, pengiktirafan ini diterima setelah Akademi JDT lulus 20 kriteria yang telah ditetapkan oleh AFC. Kriteria tersebut termasuklah dari segi Kepimpinan, Perancangan, Organisasi, Status Kewangan, Fasiliti, Kebajikan Pemain, Pendidikan, Kerjasama dan lain-lain.

Ya, diakui ada banyak akademi bolasepak di Malaysia. Akan tetapi pernahkah semua penyokong terfikir akademi-akademi tersebut dikendalikan dengan tersusun dan akan mendapat pengiktirafan oleh AFC? Cetak biru telah tersedia buat masa ini. Hanya perlu tukar mentaliti dan jadikan yang baik sebagai ikutan.

Bolasepak adalah sebuah permainan berpasukan. Sebagai contoh, untuk melahirkan seorang Ariff Aiman, tidak cukup hanya sekadar beberapa buah akademi bolasepak yang memainkan peranan. Diselitkan juga dengan kendalian profesional terhadap akademi bolasepak tersebut.

Buat masa ini, Akademi Bolasepak JDT telah menerima Status Dua Bintang di bawah AFC Elite Youth Scheme. Harus ingat, pengiktirafan tertinggi adalah Status Tiga Bintang. Dan tidak mustahil Akademi Bolasepak JDT akan dianugerahkan status tersebut sekiranya Pusat Latihan JDT siap dibina pada masa akan datang.

Berbanggalah semua penyokong. Luaskan kuasamu Johor!

Penyokong,
FK

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: