fbpx

Air Matanya Menitis, Teringatkan Arwah Ibu Dan Bapanya Semasa Majlis Pernikahan

Kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa. Di kala ini pastinya ibu bapa, antara orang yang paling sibuk menyiapkan keperluan agar ia dapat diraikan penuh meriah dan sempurna.

Tidak ketinggalan untuk si kecil yang riang gembira apabila dibawa berkunjung ke pusat beli-belah untuk mendapatkan baju atau kasut baru sempena raya.

Di saat kita bergembira rupanya ada insan lain sedang berduka dan meratapi kesedihan apabila tidak dapat menyambut perayaan dengan sempurna.

Bertambah sedih apabila ketibaan bulan Syawal disambut tanpa kehadiran insan tersayang di sisi disebabkan kehilangan ibu dan bapa.

Air matanya menitis, kerana teringatkan arwah ibunya.. Beliau anak yatim piatu. Ayahnya meninggal ketika beliau berumur 15 hari dan ibunya meninggal 5 tahun lepas.

Beliau tidak punya adik beradik.. hanya beliau seorang sahaja. Alhamdulillah makcik dan pakciknya dari kampung menemaninya di hari bahagia ini..

Kredit: Syazwan Abdullah

Komen Anda?