Agong Ucap Tahniah Kepada Skuad Harimau Malaya

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang telah dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.

15 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur dan suka cita atas kejayaan ini serta juga dengan semangat perjuangan yang telah dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan padu yang telah diberikan kepada skuad kebangsaan dalam perjuangan mengakhiri penantian selama 42 tahun.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat buat skuad kebangsaan untuk lebih bekerja keras untuk mencapai hasil yang terbaik di kejohanan Piala Asia 2023 kelak.

Seri Paduka Bagind mendoakan semoga skuad kebangsaan memperoleh kejayaan dan melakarkan sejarah baru di kejohanan tersebut.

Tahniah dan teruskan perjuangan di kejohanan Piala Asia 2023!

Daulat Tuanku

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?