fbpx

Agong Tinjau Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

20 Mac 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia membuat sekatan jalan Raya (roadblock) sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan petugas yang bertugas membendung wabak COVID-19

20 Mac 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia…

Posted by Istana Negara on Khamis, 19 Mac 2020

Daulat Tuanku

COVID-19: Agong pandu sendiri tinjau pelaksanaan perintah kawalan pergerakan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar ibu kota hari ini.

Baginda yang memandu sendiri bersama anakandanya turut meninjau sekatan jalan raya polis.

Antara lokasi yang baginda lalui termasuk di Jalan Semantan, Sri Hartamas, Loke Yew, Ampang serta meronda di sekitar Jalan Bukit TAR, Bukit Bintang, Sultan Ismail dan KLCC.

“Saya dapati banyak lagi kenderaan di jalan raya dan ini sudah tentu tidak menunjuk yang baik.

“Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin kerana ia (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk kebaikan bersama masyarakat dan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur,” titahnya yang mana video itu disiarkan menerusi akaun Instagram Istana Negara.

Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus membendung wabak COVID-19.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?