AFF B16 : Harimau Muda Mula Kempen Dengan Langkah Kanan

Skuad muda negara memulakan kempen Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Kemboja, hari ini.

Perlawanan Kumpulan C di Stadium Moguwoharjo, Sleman, itu menyaksikan skuad Harimau Muda B-16 kebangsaan memperoleh gol pendahuluan menerusi jaringan Arami Wafiy Zakimi pada minit ke-6.

Penguasaan sama diperagakan skuad B-16 negara di 45 minit babak kedua dan hasilnya berjaya menjarakkan kedudukan menerusi Muhamad Faris Danish di minit ke-59, dan ke-78′

Kejayaan memungut tiga mata penuh itu menyaksikan skuad negara kini berada di tangga pertama Kumpulan C dengan kelebihan gol ke atas Myanmar yang turut meraih tiga mata.

Kemenangan hari ini menyaksikan Malaysia menduduki tempat pertama kumpulan walaupun berkongsi tiga mata dengan tempat kedua myanmar menerusi perbezaan jaringan bolos, Australia tempat ketiga manakala Kemboja berada di tempat keempat.

Carta Kedudukan Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022

  • Selepas Hari Perlawanan 1 pada Selasa, 2 Ogos 2022

AUSTRALIA 🇦🇺 2-3 🇲🇲 MYANMAR
MALAYSIA 🇲🇾 3-0 🇰🇭 KEMBOJA

Skuad Harimau Muda mula menjalani latihan berpusat pada 18 Julai lalu termasuk mengadakan dua perlawanan persahabatan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Australi, Myanmar dan Kemboja.

Skuad Negara Seterusnya akan berdepan Myanmar pada Jumaat ini, diikuti aksi menentang Australia pada 8 ogos.

Terdahulu pencapaian ‘skuad abang’ iaitu pasukan senior bimbingan Kim Pan-gon mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 serta kejayaan skuad B-19 bimbingan Hassan Sazali Waras memenangi Kejuaraan B-19 AFF 2022, memberi aura cukup positif untuk skuad B-16. Tahniah Satu permulaan yang baik.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: