Adik Ainul Kini Dah Boleh Step By Step Langkah Nak Berjalan

Tiada yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak-anak sihat dan membesar dengan baik. Begitu juga dengan Nurul Erwani Zaidi yang berkongsi berita gembira tentang anaknya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiudin.

Kisah perjalanan bayi perempuan penghidap ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah yang mendapatkan rawatan hingga ke London telah mendapat perhatian rakyat Malaysia

Malah, menerusi Video terbaharu yang dikongsi ibunya, Nurul Erwani Zaidi di akaun Instagram menunjukkan Adik Ainul kini dah boleh dapat step by step langkah nak berjalan.

_nrlerwani Good Job, Well done Ainul Mardhiah. Seronok tengok bila Ainul dah boleh dapat step by step langkah nak berjalan. Tak apa, sikit-sikit belajar nanti lama-lama pandai❤️ . Seronok Ainul dapat main-main dengan Nekma dan Acik Mia.

Baju pyjamas Ainul dari @maniskids . Nanti nak belikan lagi untuk Ainul baju tidur macam ni sebab comel je bila tengok Ainul pakai macam ni🥰

Admin juga mendoakan agar adik Ainul sentiasa sihat dan boleh membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Amin….

Komen Anda?