ACL2022, Skuad JDT Diundi Dalam Kumpulan I Bersama Wakil Jepun, China Serta

Johor Darul Ta’zim akan terus membawa nama Malaysia di pentas AFC Champions League 2022 selaku juara #LigaSuper2021.

Hasil undian peringkat kumpulan #ACL2022, juara Liga Super 2021 Johor Darul Ta’zim diundi dalam Kumpulan I bersama Kawasaki Frontale (JPN), Guangzhou FC (CHN) dan pemenang pusingan play-off 3.

Pemenang aksi ‘play-off’ antara kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai ataupun wakil Thailand, Port FC akan melengkapkan satu lagi pasukan dalam kumpulan terbabit.

Aksi peringkat kumpulan akan membuka tirainya pada April ini. Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan tampil di peringkat kumpulan saingan tertinggi Asia itu untuk empat musim berturut turut sejak 2019.

Bagi musim 2021, skuad bimbingan Benjamin Mora itu menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan G yang turut dihuni Nagoya Grampus, naib juara ACL, Pohang Steelers dan Ratchaburi.

KEDAH DARUL AMAN FC & KUALA LUMPUR CITY FC

Kehebatan Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal teruji di pentas antarabangsa apabila berdepan dengan pasukan berstatus ‘juara’ dalam saingan Kumpulan G Piala AFC 2022.

Satu lagi wakil negara, KL City FC yang turut menempah tiket dalam saingan Piala AFC pada musim ini diundi dalam Kumpulan H bersama wakil Myanmar, Shan Utd ataupun Ayeyawady United serta pasukan dari Liga Singapura, Tampines Rovers.

AFC Champion League bagi wakil kelab Malaysia.

AFC Cup (Kumpulan G)

  • Kedah FC
  • Kaya Fc
  • Bali United
  • Play Off Winner

AFC Cup (Kumpulan H)

  • KL City
  • Tampiners Rovers
  • PSM Makassar
  • Play Off Winner

Keputusan undian peringkat kumpulan #AFCCup2022 menyaksikan Kedah Darul Aman FC diundi dalam Kumpulan G, manakala Kuala Lumpur City FC akan bersaing dalam Kumpulan H.

Photo by AFC Cup

Semoga berjaya diucapkan kepada kesemua wakil Liga Malaysia!

LuaskuasamuJohor

Komen Anda?