ACL2020 Group Stage Draw Results!

We are definitely in for a treat. Who are you supporting?

Sumber : AFC Champions League

UNDIAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2020

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi di dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 bersama Suwon Samsung Bluewings dari Republik Korea, Guangzhou Evergrande dari Republik Rakyat China dan satu kelab Jepun yang akan ditentukan kelak.

JDT akan membuat penampilan kedua di pentas tertinggi kelab Asia selepas melakukan debut pada tahun 2019. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 11 atau 12 Februari 2020. Luaskan Kuasamu Johor.

Dua bekas juara tunggu JDT

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT)  perlu lebih bersedia selepas dua bekas juara Liga Juara-Juara (ACL) – Suwon Samsung Bluewings dan Guangzhou Evergrande – bakal menanti mereka bagi saingan ACL musim 2020.

Ketiga-tiga pasukan terbabit diundi dalam Kumpulan G bagi saingan elit itu pada majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) semalam, namun satu lagi pencabar mereka iaitu kelab dari Jepun hanya akan ditentukan selepas ini.

Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan menjadi juara Kejohanan Kelab Asia pada 2000-01 dan 2001-02 sementara Guangzhou Evergrande dari China yang kini dibimbing legenda Itali dan pemenang Piala Dunia,  Fabio Cannavaro mengungguli saingan ACL pada 2013 dan 2015.

Sebagai rekod, musim 2019 menyaksikan JDT tampil buat kali pertama bagi saingan ACL namun mereka menamatkan saingan di tangga tercorot selepas merakam satu kemenangan ke atas juara bertahan, Kashima Antlers di laman sendiri selain satu keputusan seri.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, Kedah akan bertemu wakil Hong Kong, Tai Po pada aksi kelayakan play-off dan jika menang, mereka akan menentang wakil Korea Selatan, FC Seoul dengan kemenangan akan memberikan tempat dalam Kumpulan E bersama Beijing FC, Chiangrai United dan satu lagi pemenang play-off.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?