Acara Kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22)

Acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) bakal berlangsung pada hujung Disember secara virtual

Sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) secara maya, pada hujung tahun ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan acara tahunan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air, terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

MFL menerusi kenyataan memaklumkan dengan Piala FA kembali diadakan pada musim ini, bersama-sama saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia, ia sudah pasti merancakkan Liga M.

Bagi tahun ini, anugerah yang dipertandingkan ialah Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier dan Penjaga Gol Terbaik.

Selain itu, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pemain Paling Bernilai (MVP) turut diiktiraf.

Pada majlis ABK22 itu nanti, MFL akan menyampaikan anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super 2022 kepada Bergson da Silva yang meledak 29 gol bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Darren Lok bakal menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 selepas berjaya menyumbang 10 gol bersama PJ City FC.

Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara yang menjaringkan 11 gol dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022, manakala Daryl Sham (JDT II) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) pula masing-masing meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022 selepas meledak sembilan gol.

Berikut senarai pendek calon mengikut kategori:

Penjaga gol Terbaik -Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC), Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim), Fikri Che Soh (Kelantan United FC), Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim II), Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC), Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC), Nik Amin Ahmad (Kelantan FC), Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC), Samuel Somerville (Selangor FC), Suhaimi Husin (Terengganu FC)

Pertahanan Terbaik – Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC), Azam Azmi Murad (Terengganu FC), Dominic Tan (Sabah FC), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC), Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC), La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim), Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim), Nasrullah Haniff Johan (Negeri Sembilan FC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), Shahrul Saad (Johor Darul Ta’zim)

Pemain Tengah Terbaik – Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)Brendan Gan (Selangor FC)David Rowley (Sri Pahang FC)Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)Ryan Lambert (Kuala Lumpur City FC)Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

Penyerang Terbaik – Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)Darren Lok (PJ City FC)Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)J. Partiban (Kuala Lumpur City FC)Nor Hakim Hassan (Selangor FC)Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC)Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)S. Kumaahran (PJ City FC)Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim)Wan Fazli Wan Ghazali (Terengganu FC II)

Pemain Muda Terbaik – Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Ta’zim II)Azam Azmi Murad (Terengganu FC)Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II)Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)Ruventhiran (PJ City FC)Syahir Bashah (Selangor FC)T. Saravanan (Penang FC)

Jurulatih Terbaik – Badrul Afzan Razali (Terengganu FC II)Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC)Dato’ Dollah Salleh (Sri Pahang FC)Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)Hector Bidoglio (Johor Darul Ta’zim)K. Devan (Negeri Sembilan FC)Mariano Echeverria (Johor Darul Ta’zim II)Nafuzi Zain (Terengganu FC)P. Maniam (PJ City FC)Rezal Zambery Yahya (Kelantan FC)

Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)Caion (Selangor FC)Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim)Gustavo (Negeri Sembilan FC)Herold Goulon (Negeri Sembilan FC)Kevin Ray Mendoza (Kuala Lumpur City FC)Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC)Park Tae-su (Sabah FC)Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)Tchetche Kipre (Terengganu FC) 

– BERNAMA via Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?