The JOHORean

Berita Terkini, Hiburan Sensasi

Menu
Menu

JDTII Berbekal 1 Jaringan Untuk Dibawa ke Stadium Cheras Dalam Aksi Final Ke 2

Posted on Sabtu , 5th Okt 2019, 12:58 amSabtu , 5th Okt 2019, 1:09 am by Satu Johor
Post Views: 550

CHALLENGE CUP 2019 – FINAL 1ST LEG | 4 OCTOBER 2019

JDT II [1-0] UKM FC

(Amirulhadi Zainal 64′)

Tahniah kesungguhan yang ditunjukan oleh Pasukan JDTll pada malam ini. Hanya berbekal 1 Jaringan untuk dibawa ke Stadium Cheras nanti dalam aksi Final ke 2 pada Sabtu 12 Oktober 2019.

Harap JDTII teruskan rentak dan jaringan di tempat lawan nanti hingga dapat membawa pulang Piala Challenge Cup 2019.

JDT menang tipis atasi UKM FC

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) membawa bekalan tipis ke Cheras minggu depan apabila hanya mampu menewaskan UKM FC 1-0 pada aksi pertama final Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, sebentar tadi.

Walaupun menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan Terengganu FC II (TFC II) dengan agregat 4-2 pada aksi separuh akhir, 27 September, skuad kendalian Ervin Boban terpaksa `bermandi peluh’ untuk merobek gawang anak didik Sulaiman Hussain.

Pada aksi malam tadi, benteng pelawat cemas pada minit ke-18 selepas bola umpanan Ramadhan Saifullah Usman tepat kepada Nico Fernandez, namun pemain import Argentina itu gagal melakukan penyudah tepat tatkala berada di dalam kotak penalti.

Walaupun menguasai perlawanan, skuad Merah Biru tampak tidak beraksi konsisten sepanjang 25 minit babak pertama selepas gugup untuk menyusun strategi menyerang dan kelibat Mohamad Ghaddar dan Rozaimi Abd Rahman dan Ramadhan Saifullah bagai `malu’ untuk merobek gawang lawan.

Pelawat pantas melakukan serangan balas pada minit ke-35 apabila bola umpanan Milad Zeneyedpour yang menolak ke belakang ketika berada di dalam kotak penalti menyaksikan Wan Faiz Wan Sulaiman merembat bola leret memaskan penjaga gol, Haziq Nadzli merebah badan untuk menangkap bola.

Sebaik babak kedua, tuan rumah terlepas peluang merungkai jaringan pada minit ke-47 apabila bola umpanan Rozaimi yang membuka ruang buat Ghaddar merembat, namun sempat dikuis keluar penjaga gol, Khatul Anuar Md Ali.

Ghaddar tampak tidak berpuas hati selepas dikeluarkan pada minit ke-57 apabila mempersoalkan tindakan Boban menggantikannya dengan Amirul Hadi Zainal bagi mempertajamkan barisan serangan.

Ternyata percaturan Boban membuahkan hasil apabila Amirul Hadi yang tidak dikawal bertindak masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola leret menewaskan Khatil Anuar untuk meletak JDT II mendahului 1-0.

Dengan kemenangan 1-0 hasil gol tunggal Amirul Hadi, skuad Merah Biru akan membuat perhitungan terakhir di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 12 Oktober ini.

Sumber : Berita Harian

JADUAL PERLAWANAN AKHIR CHALLENGE CUP 2019 – JOHOR DARUL TA’ZIM II

Facebook Comments

Pencarian

Follow Me!!!

Recent Posts

  • Kelihatan Kelibat Liridon Pada Sesi Latihan Kali Pertama Setelah Berehat Panjang

    Kelihatan Kelibat Liridon Pada Sesi Latihan Kali Pertama Setelah Berehat Panjang

  • Hebak Anak Muda, Dalam Banjir Pun Boleh Jalan Lagi

    Hebak Anak Muda, Dalam Banjir Pun Boleh Jalan Lagi

  • Al-Fatihah Buat Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil

    Al-Fatihah Buat Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil

  • Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Allahyarham Dato ‘ Nassier Wahab

    Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Allahyarham Dato ‘ Nassier Wahab

  • Skuad B-22 Kebangsaan Tidak Melangkah Ke Separuh Akhir, Tewas Di Tangan Kemboja

    Skuad B-22 Kebangsaan Tidak Melangkah Ke Separuh Akhir, Tewas Di Tangan Kemboja

  • Tengku Hassanal Selesai Jalani Kursus Ketenteraan

    Tengku Hassanal Selesai Jalani Kursus Ketenteraan

  • Terbaik!!! Motosikal Redah Banjir Selamba Je….

    Terbaik!!! Motosikal Redah Banjir Selamba Je….

  • Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan Menjelang Perlawanan Menentang Kemboja Esok

    Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan Menjelang Perlawanan Menentang Kemboja Esok

  • Tahniah Malaysia Menghidupkan Kembali Peluang Ke Separuh Akhir – Sukan Sea

    Tahniah Malaysia Menghidupkan Kembali Peluang Ke Separuh Akhir – Sukan Sea

  • Pengantin Alami Detik Cemas

    Pengantin Alami Detik Cemas

  • Gol Safawi Kini Sedang Mendahului Carta Undian

    Gol Safawi Kini Sedang Mendahului Carta Undian

  • Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

    Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

  • Jom Undi!!! Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

    Jom Undi!!! Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

  • Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Dibuka

    Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World Dibuka

  • Ranking Harimau Malaya Melonjak Naik

    Ranking Harimau Malaya Melonjak Naik

Most Viewed Posts

  • Ambulans Bawa Wanita Mengandung Terbalik Setelah Dirempuh SUV Di Persimpangan Lampu Isyarat (20,699)
  • [Video] Al-Fatihah Buat Pelumba Muda Cup Prix Allahyarham Hafiz Nor Azman (16,068)
  • Kad Sihat Johor 2019 (10,696)
  • Malam 1 Rejab, Salah Satu Malam Mustajab Doa (10,065)
  • Telah Sah Kita Sekarang Berada Di Zaman Ke-4 (9,345)
  • [Video] Ini Luahan Rasa Tunang Arwah Muhammmad Adib, Menitis Air Mata Mendengarnya (9,220)
  • Legasi Seorang Lagenda JDT, Shafiq Rahim Melaka United (9,151)
  • Sapawi Dan Akhyar Gandingan Yang Hebat, JDT Tampil Lebih Baik Dan Lebih Kuat Dalam Perlawanan Persahabatan (9,062)

Arkib

HakCipta Terpelihara © 2012-2019 Satu Johor