The JOHORean

Berita Terkini, Hiburan Sensasi

Menu
Menu

Semoga Mawi Mendapat Rehat Secukupnya Dan Pulih Seperti Sedia Kala

Posted on Isnin , 15th Jul 2019, 6:46 pmIsnin , 15th Jul 2019, 6:46 pm by Satu Johor
Post Views: 668

Syafakallah Boss @ cahayaasmawi

moga diberikan kesembuhan aamiin 🤲🏻🤲🏻

asmawi ani / Mawi World

‘Mungkin saya terlalu penat’ – Mawi

“DOKTOR minta saya jangan banyak fikir, cukup tidur dan berehat untuk menstabilkan kembali tekanan darah. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya makin okay dan setakat ini pemeriksaan jantung dan buah pinggang menunjukkan tiada masalah,” kata penyanyi Asmawi Ani atau Mawi.

Terdahulu, Mawi, 37, dimasukkan ke sebuah hospital pakar di Bangi sejak malam semalam akibat tekanan darah tinggi serius.

Mengulas punca kesihatannya terganggu, Mawi ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menduga berhadapan masalah berkenaan kerana tidak mengalami sebarang simptom.

“Mungkin saya terlalu penat bekerja dan pada masa sama perlu menguruskan keluarga di Johor.

“Saya sering berulang-alik dari ibu kota ke Johor sejak Allahyarham ibu sakit untuk menjaganya. “Selepas ibu meninggal dunia, anak saudara saya pula dijemput Ilahi dan disusuli sepupu. Jadi, mungkin juga saya banyak fikir dan kurang rehat,” katanya.

Ditanya adakah dia sering membuat pemeriksaan kesihatan, Mawi berkata kali terakhir dia melakukan pemeriksaan darah kira-kira tiga tahun lalu. Ketika itu, tahap kesihatannya baik-baik sahaja dan tiada masalah.

“Apa yang berlaku semalam di luar jangkaan. Saya bersama isteri keluar bersiar-siar di Alamanda, Putrajaya dan dia ternampak ada perkhidmatan pemeriksaan darah percuma lalu minta saya melakukannya.

“Hasil pemeriksaan mendapati bacaan darah tinggi di tahap bahaya iaitu 191. Terkejut dengan keputusan itu, saya dan Ekin ambil keputusan untuk ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pun begitu, baru sehari mendapatkan rawatan di hospital Mawi bersyukur apabila menerima kunjungan ramai peminat.

“Terima kasih kepada peminat yang menziarah saya. Tak sangka, mereka sanggup luangkan masa untuk tahu perkembangan kesihatan saya.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Hanya Allah SWT mampu membalas kebaikan kalian,” katanya.

Sehubungan itu, atas nasihat doktor Mawi akan bermalam di hospital untuk beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar.

Sumber : Harian Metro

cahayaasmawi
Adakah ini yang dikatakan sorga? Hehe..
Terima kasih @ ekinmawi_cahaya 💜

Syafakallah, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan Allah. AAMIIIIN

Facebook Comments

Pencarian

Follow Me!!!

Recent Posts

  • Tunku Azizah Ke KLIA Naik Tren, Curi Tumpuan Rakyat

    Tunku Azizah Ke KLIA Naik Tren, Curi Tumpuan Rakyat

  • Skuad B22 Kebangsaan Pulang Hampa Diiringi Kegagalan Menepati Sasaran

    Skuad B22 Kebangsaan Pulang Hampa Diiringi Kegagalan Menepati Sasaran

  • Alhamdulillah, Ibu Firdaus Wong Tunai Umrah Setelah Sebulan Peluk Islam

    Alhamdulillah, Ibu Firdaus Wong Tunai Umrah Setelah Sebulan Peluk Islam

  • Kelihatan Kelibat Liridon Pada Sesi Latihan Kali Pertama Setelah Berehat Panjang

    Kelihatan Kelibat Liridon Pada Sesi Latihan Kali Pertama Setelah Berehat Panjang

  • Hebak Anak Muda, Dalam Banjir Pun Boleh Jalan Lagi

    Hebak Anak Muda, Dalam Banjir Pun Boleh Jalan Lagi

  • Al-Fatihah Buat Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil

    Al-Fatihah Buat Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil

  • Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Allahyarham Dato ‘ Nassier Wahab

    Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Allahyarham Dato ‘ Nassier Wahab

  • Skuad B-22 Kebangsaan Tidak Melangkah Ke Separuh Akhir, Tewas Di Tangan Kemboja

    Skuad B-22 Kebangsaan Tidak Melangkah Ke Separuh Akhir, Tewas Di Tangan Kemboja

  • Tengku Hassanal Selesai Jalani Kursus Ketenteraan

    Tengku Hassanal Selesai Jalani Kursus Ketenteraan

  • Terbaik!!! Motosikal Redah Banjir Selamba Je….

    Terbaik!!! Motosikal Redah Banjir Selamba Je….

  • Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan Menjelang Perlawanan Menentang Kemboja Esok

    Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan Menjelang Perlawanan Menentang Kemboja Esok

  • Tahniah Malaysia Menghidupkan Kembali Peluang Ke Separuh Akhir – Sukan Sea

    Tahniah Malaysia Menghidupkan Kembali Peluang Ke Separuh Akhir – Sukan Sea

  • Pengantin Alami Detik Cemas

    Pengantin Alami Detik Cemas

  • Gol Safawi Kini Sedang Mendahului Carta Undian

    Gol Safawi Kini Sedang Mendahului Carta Undian

  • Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

    Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

Most Viewed Posts

  • Ambulans Bawa Wanita Mengandung Terbalik Setelah Dirempuh SUV Di Persimpangan Lampu Isyarat (20,711)
  • [Video] Al-Fatihah Buat Pelumba Muda Cup Prix Allahyarham Hafiz Nor Azman (16,079)
  • Kad Sihat Johor 2019 (10,744)
  • Malam 1 Rejab, Salah Satu Malam Mustajab Doa (10,087)
  • Telah Sah Kita Sekarang Berada Di Zaman Ke-4 (9,355)
  • [Video] Ini Luahan Rasa Tunang Arwah Muhammmad Adib, Menitis Air Mata Mendengarnya (9,228)
  • Legasi Seorang Lagenda JDT, Shafiq Rahim Melaka United (9,159)
  • Sapawi Dan Akhyar Gandingan Yang Hebat, JDT Tampil Lebih Baik Dan Lebih Kuat Dalam Perlawanan Persahabatan (9,067)

Arkib

HakCipta Terpelihara © 2012-2019 Satu Johor