The Johorean

Berita Terkini, Hiburan Sensasi

Menu
Menu

Hilang DiSedut Laut, Kaki Ain Seperti Ditarik

Posted on Khamis , 7th Feb 2019, 1:29 amKhamis , 7th Feb 2019, 1:36 am by Satu Johor
Post Views: 188

JANGAN jadikan keseronokan percutian seisi keluarga bertukar tragedi ngeri yang tidak dapat anda lupakan hingga mati.

Ini kerana dalam keseronokan bercuti, lazimnya ramai terlupa mengenai pentingnya penjagaan keselamatan yang sepatutnya lebih diutamakan.

Namun, tanpa disedari sepanjang tempoh percutian itu, anak-anak terdedah kepada pelbagai bahaya. Selain kemalangan jalan raya, tragedi lemas antara tragedi paling banyak dilaporkan.

Hilang Disedut Laut

KANAK-KANAK perempuan berusia lapan tahun dikhuatiri lemas ketika bermain di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa, Nurul Ain Sajali, 9, dipercayai bermain dengan dua beradiknya di kawasan batu berhampiran tepi pantai sebelum ditarik arus laut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.03 petang memaklumkan insiden itu sebelum sepasukan 11 anggota, termasuk pegawai bersama sebuah jentera, Toyota Hilux dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil maklumat awal, kami diberitahu keluarga membabitkan pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka datang ke sini untuk berkelah.

“Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 3 petang, berkemungkinan ahli keluarga panik untuk memaklumkan kepada kami dan memutuskan untuk mencari sendiri dahulu di permukaan laut.

“Sebaik menerima panggilan, bomba terus ke tempat kejadian, namun mengalami kesukaran akibat tersangkut kira-kira 45 minit kerana sesak dengan orang ramai sebelum dibantu polis untuk masuk ke kawasan tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

Menurutnya, laporan awal yang diterima membabitkan tiga mangsa dipercayai hampir lemas ketika mandi, namun dua daripadanya sempat diselamatkan orang awam.

Mohd Fadli berkata, pihaknya akan meneruskan gerakan mencari dan menyelamat.

“Setakat ini kami (bomba) akan tangguh operasi mencari dan menyelamat dan malam ini kita akan menggerakkan anggota untuk mencari di sekitar permukaan pantai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dipercayai lemas ketika bermandi manda bersama ahli keluarganya di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor petang tadi.

Operasi ditangguhkan lewat jam 7 petang tadi kerana cuaca gelap dan dijangka akan disambung semula pagi esok.

Video:-

[Update] ‘Kaki Ain seperti ditarik’

“DI celah-celah batu, abangnya nampak macam ada orang tarik kaki Ain,” kata Sajali Nin, 48, bapa kepada kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

Sajali berkata, pada mulanya Nurul Ain, 8, hanya bermain pasir bersama abangnya, Fazli, 14 dan sepupu mereka, Puteri Amelia Zulaika Abdullah, 9, sebelum mereka bergerak ke kawasan berbatu untuk mandi.

Katanya, dia pula menjaga anak bongsu, Mohd Khairul, 6, di pondok berhampiran pantai, sementara isterinya, Nur In Sazali, 41, mandi di kawasan berhampiran.

“Tiba-tiba sahaja anak sulung (Fazli) berlari ke arah saya dan mengatakan (kaki) Ain seperti ditarik. Dakwanya di celah-celah batu itu dia nampak macam ada orang menarik Ain,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut itu, dia mencari anaknya di kawasan berkenaan dan seperti hilang arah apabila Nurul Ain tidak kelihatan.

Katanya, Fazli juga hampir lemas bersama Puteri Amelia namun sempat menyelamatkan diri serta dibantu orang awam yang melihat kejadian.

“Kira-kira setengah jam mencari, namun tidak ditemui, saya mendapatkan bantuan orang awam untuk menelefon bomba kerana saya tidak tahu nombor yang perlu dihubungi.

“Begitupun, saya tidak puas hati dan tetap mencari Ain walaupun bomba sudah tiba dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Dia yang berasal dari Sabah dan bekerja sebagai kontraktor berharap Nurul Ain yang juga satu-satunya anak perempuannya ditemui segera walau dalam keadaan apa sekalipun.

Sajali berkata, Nurul Ain bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Masai, Pasir Gudang adalah anak kedua daripada tiga beradik, digambarkan sebagai seorang anak yang baik, ceria dan rajin menolong ibunya membuat kerja rumah.

Mereka sekeluarga ke pantai itu untuk beriadah dan keluar dari rumah di Sungai Masai, Pasir Gudang pada 12 tengah hari.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments

Pencarian

Follow Me!!!

Recent Posts

  • Bertuah!! Isteri Hadiahkan Kereta Ford Mustang Sempena Hari Lahir Suami

    Bertuah!! Isteri Hadiahkan Kereta Ford Mustang Sempena Hari Lahir Suami

  • Kes Denggi Meningkat, Johor Negeri Ketiga Tertinggi

    Kes Denggi Meningkat, Johor Negeri Ketiga Tertinggi

  • Akhirnya Perlis Terkeluar Dari Saingan Liga Malaysia 2019

    Akhirnya Perlis Terkeluar Dari Saingan Liga Malaysia 2019

  • PJ CITY FC Menjadi Destinasi Terbaharu Bekas Penyerang Negara, Safee Sali

    PJ CITY FC Menjadi Destinasi Terbaharu Bekas Penyerang Negara, Safee Sali

  • JURUTERA, Muhd Faiz Nazmi Dipercayai Hilang Selepas Gagal Dihubungi Keluarga

    JURUTERA, Muhd Faiz Nazmi Dipercayai Hilang Selepas Gagal Dihubungi Keluarga

  • Perak Terpaksa Akur Terlepas Tiket Ke Peringkat Kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2019

    Perak Terpaksa Akur Terlepas Tiket Ke Peringkat Kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2019

  • Nak Tengok Fellaini dan Graziano Pelle, Boleh Turun Johor Darul Ta’zim

    Nak Tengok Fellaini dan Graziano Pelle, Boleh Turun Johor Darul Ta’zim

  • Fenomena Supermoon Melalui Mata Kasar Malam Ini

    Fenomena Supermoon Melalui Mata Kasar Malam Ini

  • Bantuan Sara Hidup Rm100 Golongan Bujang, Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Berhubung Bantuan Itu

    Bantuan Sara Hidup Rm100 Golongan Bujang, Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Berhubung Bantuan Itu

  • Anggota Bomba Selamatkan Anak Anjing Dalam Operasi Kebakaran Hutan

    Anggota Bomba Selamatkan Anak Anjing Dalam Operasi Kebakaran Hutan

  • Kad Sihat Johor 2019

    Kad Sihat Johor 2019

  • Malaysia Wajib Mencatatkan Kemenangan Pada Aksi Kedua Bertemu Indonesia

    Malaysia Wajib Mencatatkan Kemenangan Pada Aksi Kedua Bertemu Indonesia

  • Memilih Segelas Cendol Sebagai Mas Kahwin Buat Pasangan Pengantin Baru

    Memilih Segelas Cendol Sebagai Mas Kahwin Buat Pasangan Pengantin Baru

  • Sudah Boleh Tempah Tiket Penerbangan Untuk Pergi Bercuti, Malaysia Airlines

    Sudah Boleh Tempah Tiket Penerbangan Untuk Pergi Bercuti, Malaysia Airlines

  • Ulsan Hyundai, Perak Play-off AFC Champions League 2019

    Ulsan Hyundai, Perak Play-off AFC Champions League 2019

Most Viewed Posts

  • [Video] Al-Fatihah Buat Pelumba Muda Cup Prix Allahyarham Hafiz Nor Azman (13,994)
  • Sapawi Dan Akhyar Gandingan Yang Hebat, JDT Tampil Lebih Baik Dan Lebih Kuat Dalam Perlawanan Persahabatan (8,048)
  • [Video] Ini Luahan Rasa Tunang Arwah Muhammmad Adib, Menitis Air Mata Mendengarnya (7,664)
  • Telah Sah Kita Sekarang Berada Di Zaman Ke-4 (7,660)
  • “Jodoh” Rupa Paras Bukan Ukuran, Biarlah Hati Yang Menjadi Tawanan (5,132)
  • Kad Sihat Johor 2019 (4,871)
  • Set Dekoder Percuma MYTV, Anda Boleh Menyemak Status Kelayakan (4,808)
  • Perlekeh TMJ: Kamarul Letak Jawatan (3,536)

NewStatPress Stats

Visits Today: _
Yesterday Visits: _
Month Visits: _
Total Visits: _
Total Pages View: _
Total Pages View Today: _
All Page, Total Visits: _
Counts All Online Visitors : 5
Visitor IP address: 108.162.221.10
HakCipta Terpelihara © 2012-2018 Satu Johor