KETUA kumpulan dan pemain keyboard kumpulan Ukays, Amy mengakui sangat berterima kasih kepada dua pemain bola sepak skuad Piala Suzuki AFF negara, Akhyar Rashid dan Farizal Marlias kerana membantu mempopularkan single terbaru mereka berjudul ‘I Love You, I Miss You’ kepada peminat.
Amy atau Azmi Hassan berkata, dia dan anggota kumpulannya iaitu Muhammad Zakir Roslan (penyanyi), Muhamad Afiq Faiz Amir (gitar), Ahmad Fauzi Mat Saad (bass) dan Mohamad Ali Ripin (drum) terkejut kerana jumlah muzik video lagu itu sudah mencecah lebih 7.5 juta tontonan di YouTube.
“Tiada apa boleh saya ucapkan kecuali terima kasih kepada kedua-duanya kerana mencetuskan trending dan tular untuk lagu I Love You, I Miss You.
“Awalnya perjalanan lagu ini amat perlahan dan jumlah tontonan di YouTube hanya sekadar dua juta sahaja.
“Tidak dinafikan jumlah peningkatan sekarang amat mendadak dan kami tak sangka boleh mencecah jumlah setinggi ini,” katanya kepada Harian Metro.
Akhyar yang juga pemain sayap sensasi dan Farizal (penjaga gol) skuad Harimau Malaya kerap menyanyikan lagu ciptaan Amy ketika menyertai skuad kebangsaan semasa perlawanan Piala Suzuki AFF yang berlangsung pada Disember lalu.
Mereka turut memuat naik rakaman mereka ke laman sosial menyebabkan lagu itu tular dan jumlah pendengar meningkat.
Menurut Amy, dia ada menghubungi kedua-dua pemain itu untuk memberikan mereka peluang merakamkan semula lagu itu dalam bentuk versi baru di studio dan masih menunggu saat sesuai.
“Saya nak masukkan suara mereka dan tampilkan mereka dalam muzik video sekali. Ini sebagai penghargaan saya buat mereka.
“Rakaman dimuat naik menunjukkan mereka menyanyi dalam bas, bilik latihan dan dalam kereta, kalau boleh biarlah mereka rakam secara sempurna dalam studio.
“Pada dasarnya mereka bersetuju, tapi hanya menanti masa sesuai kerana jadual latihan mereka bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) amat padat,” katanya.
Amy berkata, Akhyar memberitahu amat menggemari rentak lagu I Love You, I Miss You dan pasti akan menyanyikannya ketika mahu mandi, makan, tidur dan berjalan.
“Ia adalah lagu wajib buatnya setiap hari. Akhyar mulanya layan lagu Rythm Si Jantung Hati di YouTube.
“Dia seterusnya nampak muzik video lagu I Love You, I Miss You. Sejak itulah dia terus minat dan melekat dengan lagu ini sampai sekarang.
“Kemudian dia buat rakaman lagu ini dan muat naik di laman sosialnya. Seterusnya Radio Era pula kongsi membuatkan lagu ini terus meletup,” katanya.
Katanya, tidak ketinggalan program Johara Pagi Era turut menjadikan lagu itu sebagai lagu tema membuatkan popularitinya semakin meningkat.
“Ini rezeki anak saya yang kini berusia empat bulan. Saya difahamkan pemain pasukan JDT sekarang dah mula demam lagu ini dan mula tular di sana.
“Dijangkakan jumlah tontonan di YouTube akan meningkat dan kami sasarkan sekitar 11 juta pula,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Lagu yang dianggap ketinggalan zaman dan ‘kekampungan’ ternyata terus menduduki kedudukan teratas citarasa pilihan pendengar Malaysia.
Untuk lagu berentak balada kini kembali terarah ke era muzik 1990-an yakni lagu-lagu berentak ‘rock kapak’ dan ‘tangkap leleh’.
Manakala melodi bertempo rancak mengenengahkan rentak ‘catchy’ sebagai acuan, sekaligus mudah diingati dan menjadi siulan ramai.
Itulah barangkali identiti muzik Melayu sebenar yang dikatakan telah membantutkan evolusi karya tempatan lewat ini.
Para pendengar melayu mengatakan irama sedemikian lebih mempunyai jiwa berbanding kemajuan muzik dalam material lagu-lagu moden yang bersifat teknikal.
Hakikat itu barangkali menjadi inspirasi buat kumpulan Ukays kembali mewarnai dunia hiburan tanah air menerusi buah tangan terbaharu berjudul ‘I Love You I Miss You’.
Lirik
Kali pertamaku bertentang mata
Kali keduaku memendam rasa kepadanya
Kali ketigaku rindu padanya
Kali keempat aku jatuh cinta
Siang dan malam ku terbayang-bayang
Hati tak tenang asyik memikirkan kau seorang
Mandi tak basah tidurku tak lena
Kerna kau saja gadis yang ku puja
Oh baby oh sayang oh kasih
Sungguh aku cinta kamu
Oh kasih oh baby oh sayang
Sungguh aku sayang kamu
Oh baby oh sayang oh kasih
Cintaku hanya untukmu
Ku akan menjaga mu sehingga akhir hayatku
Oh kasihku
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan benci aku
Cinta kasihmu hanya untukmu
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan tinggal daku
Sampai mati ku setia padamu
Video:-