[Update Terkini] Oleh kerana sambutan yang luar biasa pagi ini, FAM telah mengarahkan jualan tiket Final 1 AFF SUZUKI CUP 2018 MALAYSIA VS VIETNAM dibuka semula sehingga penjualan mencecah 30,000 tiket.
– Pertempuran sengit pagi ni merebut tiket final piala AFF Suzuki 2018, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil hari Selasa 11 Dis 2018.
Kata buka pukul 9.00, pukul 8.45 dah mula jual. Tak dan nak buat apa-apa, dah habis pukul 8.55. Pukul 9.00 buka semula. Tak dapat nak masuk langsung, pukul 9.10 dah habis kouta hari ni 20,000 tiket.
Mujur, sahabat dan fan sejati Tengku Muhammad Arsyad dapat loloskan diri beli tiket untuk saya. Jasamu dikenang bro.. Huhu
Menanti detik sepak mula Selasa nanti InsyaAllah. Mana yang nak beli, esok akan buka lagi 20k tiket online. Kalau tak dapat, jualan di kaunter hari Ahad sebanyak 40k tiket.
Sumber : Mohd Azrul
20k tiket pertama utk final AFF Suzuki Cup 2018 antara Malaysia vs Vietnam dijual pagi td mulai jam 9am.
Hajat nk la beli sebijik dua. Baru pukul 9.20am, tiket sume dah habis. Kegilaan apakah ini. Haha
Esok lagi 20k tiket akan dijual secara online dan 40k secara fizikal di SNBJ. Good luck guys ‘berperang’ esok disana 🙂
Sumber : Kamal Aiman
Info rasmi dari Football Association of Malaysia (Official) penjualan tiket
FINAL 1 AFF SUZUKI CUP 2018.
MALAYSIA VS VIETNAM
SELASA, 11 DISEMBER I 8.45 MALAM
STADIUM NASIONAL, BUKIT JALIL.
Kuota Online: 40,000 ticket
Waktu Penjualan:
Jumaat, 7 Disember 2018 I 9.00 PAGI – 20,000 tiket
Sabtu, 8 Disember 2018 I 9.00 PAGI – 20,000 tiket
Jualan secara online di www.tickethotline.com.my