• [Video] Orang Utan Lawan Jentolak Pertahankan Tempat Tinggal, Kesian Pulak Tengok

    Posted on Oktober 11, 2018 by in Terkini

    Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal

    KALIMANTAN: Jika anda pernah menonton babak di dalam filem mengenai haiwan yang bersatu melawan manusia yang cuba menghancurkan tempat tinggal mereka atas nama pembangunan, anda mungkin beranggapan ia hanyalah sebuah kisah rekaan.

    Namun, sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan dan menyedihkan pada masa yang sama.

    Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan aksi seekor Orang Utan bergayut pada pokok yang telah tumbang dan kemudian mendekati sebuah jentolak bagi menghalang habitatnya dari terus dihapuskan.

    Orang Utan berkenaan dilihat terjatuh daripada pokok namun kembali bangkit ketika beberapa pegawai dari International Animal Rescue (IAR) cuba menyelamatkannya.

    Pengurus komunikasi IAR Elisabeth Kay bagaimanapun menjelaskan, video berkenaan telah dirakam beberapa tahun lalu ketika mereka sedang melakukan operasi menyelamatkan Orang Utan.

    “Video ini sebenarnya dirakam pada tahun 2013 di Kalimantan Barat. Ketika itu, unit Perlindungan Orang Utan dari IAR sedang melakukan kerja memindahkan Orang Utan ke kawasan yang lebih selamat” katanya dipetik portal DW.Com.

    Tambahnya, adegan yang dirakam dalam video ini situasi yang semakin menjadi kebiasaan di Indonesia.

    Beliau juga menjelaskan penebangan hutan di negara itu telah mengurangkan populasi Orang Utan secara drasktik yang mati kelaparan lantaran kehilangan tempat tinggal.

    Diterjemahkan oleh: Wafa Aula

    Video:-

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah