• [Video] Perhatian!!! Semak Dulu Sebelum Sebar, Tak Pasti Jangan Kongsi

    Posted on Oktober 11, 2018 by in Terkini

    Tonton Video ini ada sedikit informasi yang berguna

    UNGKAPAN di atas mungkin sudah kerap anda de­ngar atau baca kebelakangan ini. Ungkapan ‘Bukan Semuanya Benar di Internet: Tak pasti jangan kongsi’ itu adalah slogan atau tagline yang digunakan oleh sebenarnya.my iaitu portal yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk orang ramai menyemak atau melaporkan sesuatu berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya yang diterima melalui platform media sosial termasuk WhatsApp, khidmat pesanan ringkas, emel atau blog.

    Portal itu ditubuhkan dengan harapan dapat mena­ngani gejala penularan berita palsu dalam talian yang semakin menjadi-jadi yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

    Memang tidak dapat dinafikan akhir-akhir ini bermacam-macam berita viral atau tular tersebar luas di alam siber. Adakalanya semacam betul, adakalanya juga sekali baca pun kita rasa curiga akan kesahihannya.

    Sebagai pengguna media sosial yang matang dan berhemah, tentu sahaja kita tidak akan mengongsi sesuatu berita itu apabila was-was atau tidak pasti akan kesahihannya. Itu yang sebaik-baiknya.

    Sayangnya dalam kalangan masyarakat siber hari ini, ramai yang kurang matang dan banyak juga yang tidak berhemah.

    Dapat sahaja sesuatu berita, apatah lagi yang tular atau viral, maka terkocoh-kocohlah kita berkongsi tanpa menyemak terlebih dahulu akan kesahihan berita tersebut. Mentaliti ‘share atau kongsi dahulu, fikir kemudian’ menjadi amalan kebanyakan kita.

    Masing-masing mahu menjadi antara orang pertama yang berbuat demikian, tidak mahu tertinggal, seolah-olahnya hendak mengejar pingat emas bagi catatan masa terpantas menularkan berita.

    Gara-gara tidak semak sebelum kongsi, maka jadilah berita yang tidak sahih, diada-adakan, ditokok-tambah atau lebih buruk lagi yang palsu dan fitnah disebarluaskan.

    Laman portal SEBENARNYA.MY, sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial. Ia adalah salah satu usaha dari kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu.

    Video:-

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah