• Amaran!! Tanda-Tanda Anda Mengalami Stress Terlampau, Kalau Baca Macam Tak Caya Lak

    Posted on Oktober 11, 2018 by in Terkini

    Tekanan ~ Stress

    Banyak perkara yang bole menyebabkan berlakunya #stress.

    Biasanya disebabkan masalah kewangan, kesihatan, kematian, keluarga dan pasal kerja. Stress ni tak mengenal muda ataupun tua.

    Bila stress jangan sesekali atasinya seorang diri. Minta lah bantuan orang yang terdekat atau jumpa pakar kaunseling.

    Pokok pangkalnya kawal stress sebelum stress menguasai diri.

    Jika dibiar stress macam~macam bole terjadi.

    Antara Tips berkesan untuk elak berlakunya stress :

    1) Bersolat dan berdoa
    Dekatkan diri dengan Allah.

    2) Berwudhuk, istighfar, baca Al-Quran, bersedekah adalah penyejuk bagi hati.

    3)Banyakkan beriadah.
    Luangkan masa hirup udara segar untuk rasa lebih gembira. Kosongkan fikiran.

    4) Tidur
    Tidur secukupnya. Tidur dapat pulihkan diri dan kembalikan energi badan. Bila tidur cukup tak mudah terpengaruh dengan emosi negatif.

    5) Sabar dan bertafakur
    Fikir positif, fokus untuk jadi lebih gembira. Tarik nafas dalam~dalam. Selalu buat catatan harian menulis dapat bantu untuk clearkan emosi yang bercelaru.

    6) Luangkan masa bersama keluarga.

    Wang tidak bole beli kebahagiaan.

    7) Jangan terlalu fikir masalah. Banyakkan minum air putih dan berselawat. Air putih salah satu untuk kurangkan stress.

    Moga bermanfaat

    Korang pernah stress? Klu tanya admin Hari2 stress …

    Tanda stres

    Setiap orang akan menunjukkan tanda tekanan yang pelbagai. Ada yang berpeluh, menggigil, pening, muntah malah lebih teruk sehingga pengsan. Tanda ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu:

    1. Fizikal – Individu yang tertekan akan menunjukkan tanda seperti keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

    2. Mental – Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

    3. Emosi – Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

    4. Tingkah laku – Mereka yang tertekan akan menunjukkan tingkah laku seperti keluh-kesah, gemar menggigit kuku dan menggoyangkan kaki, makan secara berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif. Namun semua gejala ini tidak menandakan seseorang itu menghidap sakit jantung. Mungkin simptomnya seakan sama tetapi tidak semestinya ia adalah petanda sakit jantung.

    Video Dari¬†Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah :-

    “Lega kalaau dapat urus stress dengan betul dan cepat..”

    jgn risau DMFK ada kaedah & tips tuk urus STRESS dan kawal minda dengan baik.

    DMFK nak ajak sahabat-sahabat utk JOM URUS STRESS (JUS), Sekarang….
    DMFK nak bantu sahabat-sahabat sekalian supaya URUS STRESS dengan baik…

    STRESS tidak diurus dengan baik akan menyebabkan banyak akibat yang buruk…mudah sakit, susah nak buat kerja…kadang-kadang boleh berselisih faham dengan staf-staf kat tempat kerja….dengan orang rumah…macam-macam lagi…

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah