• Fakta @ Auta, Meletakkan Kenderaan Di Hadapan Rumah Jiran Adalah Salah Di Sisi Undang-Undang

    Posted on Oktober 10, 2018 by in Terkini

    FAKTA : MELETAK KENDERAAN DI HADAPAN RUMAH JIRAN ADALAH SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG

    Nampak macam remeh kan? Tetapi ini adalah antara permasalahan yang seringkali menjadi rungutan orang awam sehingga mencetuskan perbalahan.

    Meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau di persekitarannya sehingga menyebab halangan lalulintas adalah salah di sisi undang-undang.

    “Gambar Sekadar Hiasan”

    SEKSYEN 48(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987:

    “Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

    Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

    SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955

    “Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

    “Gambar Sekadar Hiasan”

    Namun yang demikian, nasihat Admin sebaik-baiknya cuba berbincang dan berunding dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika dia enggan berunding, anda boleh menghubungi pihak majlis perbandaran dan polis untuk mempertimbangkan hal ini .

    Jangan pula anda membuat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan tersebut kerana ia juga merupakan satu perbuatan jenayah.

    Semak Fakta @ Auta sebelum bertindak! Spread the news!!

    Sumber imej : PDRM

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah