• Mesin Getah Keping!! Mengembalikan Kenangan Masa Kecilku, Siapa Hidup Di Zaman Nie??

    Posted on September 14, 2018 by in Terkini

    Mesin Getah Keping

    Ketika ‘surfing internet’, saya terjumpa gambar mesin getah.. tiba-tiba terkenang kembali saat-saat ketika bersama arwah atuk dan opah di kampung… saat-saat percutian di kampung yang indah.. masa zaman sekolah dulu, saya suka dok di kampung arwah atuk… nak manja-manja dengan arwah atuk dan opah… hihihi…

    Arwah atuk mempunyai sebuah pondok memproses getah keping di belakang rumahnya dengan tempat menyidai getah keping untuk di keringkan. Mesin tersebut digunakan juga oleh jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah arwah atuk tanpa dikenakan apa-apa sewa atau bayaran… satu semangat kerjasama dan tolong menolong yang patut diteruskan oleh kita hingga ke hari ini…

    Proses membuat getah keping memang rumit. Sebab tu agaknya orang sekarang tidak lagi berminat untuk membuat getah keping.

    Langkah-langkah membuat getah keping adalah seperti berikut :

    1. Getah cair di kutip selepas di toreh.
    2. Susu getah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam acuan (satu bongkah zink 4 segi tepat).
    3. Ia dicampur cuka getah (sejenis asid), dikacau untuk membekukan getah tersebut.
    4. Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek…seterusnya dimesin. Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin lurus dan berjalur.Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.
    5. Akhirnya ia dikeringkan atau di salai dalam 3~4 hari.
    6. Setelah kering, getah boleh dijual.

    Dulu saya suka menolong arwah atuk memproses getah keping… mengacau getah cair yang dicampur dengan cuka getah hingga beku…. meratakan getah sebelum dimesin… seronok sangat pengalaman tu… tapi semua tu dah tinggal kenangan.. arwah atuk dan nenek pun dah tiada lagi…

    Bila fikir-fikir balik, memang susah orang dulu-dulu bekerja… awal pagi bangun menoreh… Lepas tu kutip susu getah dan diproses pula menjadi getah keping…

    Kini dengan teknologi yang baru, kerja menjadi mudah dan lebih cepat… penoreh getah menoreh dengan menggunakan mesin penoreh.. susu getah cair atau getah skrap dikutip dan terus dijual tanpa perlu melalui kerja-kerja yang merumitkan.

    Lamanagro.blogspot

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah