• Jangan Makan Banyak2 Dulu Kalau Nak Tengok Cerita Hantu Kak Limah 2018

    Posted on Ogos 10, 2018 by in Terkini

    Seorang penonton filem yang pada dasarnya hanya meminati filem yang berunsurkan berat, ‘deep’, ‘dark’ dan ‘so serious’. Hatta, mereka dilahirkan untuk tidak pandai bergelak ketawa.

    Namun bagi Hantu Kak Limah 2018 ini, pandangannya begitu berbeza sama sekali dengan saya sama sekali.

    Memandangkan hari ini sudah memasuki 9 Ogos, memasuki hari pertama tayangannya di lebih 100 pawagam untuk tontonan umum secara rasmi, maka inilah perkongsian dari saya.

    Apa yang boleh saya rumuskan pada mukadimah ini, andai kata semua pelakon, pengarah serta tenaga produksinya telah meninggal dunia pada suatu masa yang agak jauh pada zaman akan datang, percayalah.. Filem ini antara yang akan menjadi sebuah filem yang mampu hidup sebagai filem ‘malar segar’.

    Kenapa? Kerana elemen dan jiwa Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee begitu kuat wujud dan disemai di dalam filem Hantu Kak Limah ini.

    Walaupun tiada lagi kelibat watak Pak Abu, Pak Jabit dan Usop Wilcha, Hantu Kak Limah tetap boleh berdiri sendiri dengan watak-watak yang baharu seperti Khuda, Sharwani, Nayan dan ramai lagi.

    Cuma nasihat saya kepada mereka yang sudah memasang niat untuk menonton filem tersebut bermula hari ini, makanlah kenyang-kenyang terlebih dahulu dan belilah air banyak-banyak untuk dibawa masuk ke dalam pawagam kerana….. anda akan tergelak memang tak henti-henti.

    Bak kata pengarah, Mamat Khalid, “Penonton pasti akan ketawa sampai mengokak!”

    Kalau anda ada menonton tayangan percumanya selama 20 minit awal di Astro, YouTube atau Facebook, percayalah.. Tidak semua babak lawak dimasukkan. Semuanya disimpan dengan begitu rapi.

    Durasi filem ini hampir 2 jam atau lebih tepat, 1 jam 55 minit. Filem Hantu Kak Limah ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemarkan filem seram yang ada unsur komedi atau filem komedi yang mempunyai unsur seram.

    Dalam erti kata lain, filem ini diadun sebati dengan penuh keseronokan untuk orang ketawa sampai senak perut. Sudahlah senak perut, kena hadap sampai penghujung filem pula tu. Aduh!

    Kesemua watak yang dicipta dalam filem Hantu Kak Limah ini boleh saya katakan, ia seimbang.

    Baik Husin, Nayan, Yeh Sekupang, Sharwani, Khuda mahu pun Hantu Kak Limah itu sendiri.

    Part mana yang kelakar? Saya kasi bocor sikit tapi ini bukan SPOILER ya!

    Pada awal cerita, Nayan (Ropie) menghantar Kak Limah balik ke rumah. Tanpa dia sedar, rupa-rupanya yang dihantarnya itu adalah hantu Kak Limah. Yang lawak tentang Nayan adalah pada dialog dan ekspresinya.

    Misalnya, sewaktu Nayan melihat jenazah Kak Limah lalu menjerit, ” I’m spechless”, satu panggung bergegar. Lebih-lebih lagi ketika Nayan berjaya membuka semula lampu di Klinik Desa Kampung Pisang itu.

    Pada mulanya dia mengucap, “Thanks God.. Thanks God..” namun setelah Hantu Kak Limah muncul, dia terus menjerit, “OH MY GODDD..!!”

    Kesenakan perut tahap pertama bermula. Cerita Hantu Kak Limah dibawa ke pengetahuan seorang guru silat, pakar rawatan tradisional serta tukang sedia perkhidmatan renew roadtax, En. Solihin ( lakonan Zul Ariffin) yang merupakan seorang bomoh muda di kampung tersebut.

    Anda fikir Zul Ariffin akan merosakkan babak? Percayalah, pendapat itu meleset sama sekali. Dalam filem Hantu Kak Limah, tiada lagi Zul Ariffin yang gagah, ego serta macho.

    Yang ada cuma seketul tubuh En. Solihin yang berlagak hebat tetapi comel serta lawak. Betul, memang tak menghampakan. Gilo Zul Ariffin!

    Jika tentang Yeh Sekupang pula, hahaha.. Dia kali ini dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penerangan Kampung Pisang. Yeh Sekupang digambarkan sebagai seorang lelaki yang mengalami masalah nafsu syahwat.

    Tengok Hantu Kak Limah pun boleh stim tau! Part yang lebih lawak, ketika itu Datuk Vida muncul sebagai pari-pari untuk mengganggu Yeh Sekupang lantas dia berkata, “Dengan Hantu Kak Limah pun aku stim, dengan yang ni pun aku stim.. Ahh… Teruk dah ni. Nak kena pergi berubat aku ni!”

    Hantu Kak Limah memang menggila dan mengganas di Kampung Pisang. Babak Hantu Kak Limah kejar Nayan, En. Solihin dan Khuda pun kelakar juga. Hahaha..

    Fuh.. Walau bagaimana pun,sudah namanya filem arahan Mamat Khalid. Pastinya satira politik tidak ketinggalan.

    Husin mengajak Sharwani untuk menceritakan kepada Khuda bahawa isterinya, Kak Limah adalah hantu.

    “Kita perlu bercakap secara ‘man to man’. A-‘Man’o to A-‘Man’o,” tegas Husin.

    Balas Sharwani, “Eh, bukan Pas ke?”

    Selain itu, Pok Li (lakonan Sabri Yunus) tak habis-habis menceritakan bahawa dia adalah bekas ketua kampong di situ.

    Maka, salah seorang penduduk Kampung Pisang menempelak, “Alaa.. Pok Li dah tak relevan untuk parti.” Kah kah kah..

    Huh.. Jadi itulah dia serba-sedikit yang sudi saya kongsikan. Nak tahu lebih? Tontonlah di pawagam anda sebab ada, “Per.. per..” ujar bapa kepada Zaiton, Mus May.

    Nak tahu apa itu ‘per.. du..’ saksikanlah Hantu Kak Limah bermula hari ini. Nanti jangan lupa komen tang mana yang awak semua seronok..!!

    PERINGATAN : Filem ini adalah untuk hiburan dan gelak ketawa semata-mata. Mana-mana yang nak cari sebarang ideologi tersembunyi dalam filem ini, tak ada tau. Mamat Khalid kata laa..

    Instagram : @akyem_samad

    Leave a comment