• Berita Menarik!! Diskaun Tol 50% Untuk Lebuhraya PLUS Dan LPT2 Pada 13 Jun Dan 14 Jun

    Posted on Jun 12, 2018 by in Terkini

    Pengguna rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus apabila membayar tol pada 13 Jun dan 14 Jun ini sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

    Pemberian diskaun tol tersebut berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi pada 13 Jun (Rabu) hingga 11:59 malam pada 14 Jun (Khamis).

    Diskaun ini ditawarkan kepada semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.

    Sebagai contoh, sekiranya pengguna mula memasuki lebuh raya pada jam 8 malam pada 12 Jun tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran tol pada jam 1 pagi pada 13 Jun, mereka akan menikmati diskaun tersebut.

    Diskaun tersebut merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di semua lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

    Bagi pengguna di Jambatan Pulau Pinang, kadar tol sebanyak RM0.70 akan dikenakan bagi kenderaan Kelas 1, RM3.50 bagi Kelas 2, RM6 bagi Kelas 3, RM12.50 bagi Kelas 4, RM22.50 bagi Kelas 5, RM30 bagi Kelas 6 dan RM37.50 bagi Kelas 7 pada 13 Jun dan 14 Jun.

    Tinggalkan Komen Anda Di bawah