8 Pasukan Dalam Misi Merebut 4 Slot Separuh Akhir

Hari ini merupakan perlawanan penting untuk 8 pasukan yang beraksi di pentas suku akhir Piala Fa Malaysia bagi tahun ini.

Pasukan-pasukan yang bertanding adalah seperti JDT, Selangor, Penang, Sri Pahang. Melaka United, Sabah, Kuching city dan Terengganu. Kesemua merebut slot untuk ke semi final Piala FA seterusnya.

Berselang 2 hari selepas menentang Penang FC, JDT akan bertempur di perlawanan kalah mati peringkat Suku Akhir Piala FA 2022 pada Sabtu, 23 Julai 2022 di Stadium Hang Jebat, Melaka seterusnya terbang ke Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada 27 Julai 2022 untuk perlawanan LS13 Liga Super Malaysia 2022.

Imbas kembali, setelah ditangguhkan selama dua musim iaitu pada musim 2020 dan 2021, musim 2022 menyaksikan JDT kembali bersaing didalam perebutan Piala FA edisi ke-33 setelah badan penganjur MFL mengumumkan saingan Piala FA akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2022 dengan penampilan format baharu.

Untuk rekod, perjalanan Harimau Selatan di kejohanan Piala FA 2022 ini bermula dengan mencatat kemenangan 10-0 ke atas wakil Liga M3, BRM FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2022 pada 13 Mac 2022. Pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, 8.15 Malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, JDT telah meranapkan impian Sarawak United 3-0 di pusingan kedua Piala FA lantas melangkah dengan penuh bergaya menuju peringkat suku akhir Piala FA 2022.

Selain itu, Fernando Forestieri turut mendominasi kedudukan senarai penjaring terbanyak kejohanan tersebut setelah menghasilkan 5 gol setakat ini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berdepan Melaka United (MU) pada aksi kalah mati suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Ia pertembungan kali kedua membabitkan kedua-dua pasukan selepas skuad bimbingan Benjamin Mora sekadar seri 1-1 pada aksi 2 Julai lalu. Dan pastinya aksi Piala FA diharap mampu menaikkan semula prestasi skuad Harimau Selatan untuk menempatkan diri ke pusingan separuh akhir.

Mora harus merencanakan strategi lebih ampuh untuk berdepan anak didik Mohd Asri Ninggal tatkala barisan pemain pasukan itu bakal tampil lebih agresif kerana ingin membuktikan keputusan seri yang dilakar baru-baru ini bukan bergantung kepada nasib semata-mata.

Bagi JDT yang sudah mengharungi tiga aksi saingan liga, dengan satu keputusan seri dengan MU dan menang 2-1 ke atas Sabah dan terbaru melakar kemenangan tipis 1-0 menewaskan Penang FC, kelmarin sememangnya menempuh aksi yang begitu mencabar.

Tiket Pintu Biru (Open) bagi penyokong pasukan lawan telahpun HABIS namun penyokong JDT masih boleh mendapatkan Tiket Pintu Grandstand A.

Ketiadaan Bergson Da Sllva mengemudi jentera serangan ternyata menjejaskan cengkaman skuad Harimau Selatan mencipta jaringan malah kelibat Fernando Forestieri juga masih belum meyakinkan dan perlu tampil dengan corak permainan bijak dan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang.

Bagaimanapun dalam usaha memburu kemenangan, JDT perlu waspada dengan kelicikan pemain MU, Sonny Norde dan Iffedayo Olusegun yang mampu beri ancaman terhadap benteng skuad Harimau Selatan seandainya benteng pasukan itu bersikap alpa pada perlawanan itu nanti.

Di posisi tengah, kelibat Leandro Velazquez menjadi taruhan buat JDT bagi mengemudi jentera itu malah kombinasi pemain import dari Argentina bersama Natxo Insa dan kemungkinan Afiq Fazail atau Nazmi Faiz Mansor harus lebih kreatif untuk membentuk gerakan berbahaya bagi membantu Forestieri dan Bergson yang bakal kembali beraksi.

Selain kelincahan Arif Aiman Hanapi bakal menjadi harapan buat JDT untuk bergerak di posisi sayap kanan dan pemain itu pasti dikawal ketat namun MU terpaksa melupakan khidmat dua pemainnya, Fadhli Shas dan Syazwan Andik Ishak kerana kedua-dua pemain itu adalah pemain pinjaman dari JDT.

Tanpa kelibat Fadhli dan Syazwan bukan alasan untuk JDT mendapat laluan mudah, sebaliknya harus tampil dengan corak permainan tersusun dan pantas serta mengawal permainan bagi memburu gol awal untuk berada di kedudukan selesa dan cuba elak daripada membawa perlawanan ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti, Sumber : Harian Metro

Saksikan Siaran Langsung Bola Sepak Piala FA 2022 peringkat suku akhir (Melaka United FC lwn Johor Darul Ta’zim) pada 23 Julai 2022 (Sabtu), pukul 8:30 malam di TV Okey, Saluran 110 di Myfreeview ,146 di Astro dan di Saluran Sukan RTM, 111 Myfreeview. #tv2

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?