600 Keluarga Di Daerah Johor Bahru Terima Sumbangan Daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

600 KELUARGA DI DAERAH JOHOR BAHRU TERIMA SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR

600 keluarga sekitar daerah Johor Bahru yang terkesan punca pendapatan akibat penularan COVID-19 menerima sumbangan wang tunai serta bantuan keperluan bekalan harian daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan diedarkan dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru.

Pada hari ini (23 Jun), bantuan kepada sebahagian daripada penerima telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin bin Abdul Rahim di perkarangan Pejabat Daerah Johor Bahru.

Seorang penerima yang juga ibu tunggal, Noraini Dusah, 62, melahirkan perasaan syukur kepada YRZSNJ atas bantuan yang diberikan.

‘Alhamdulillah, saya mendoakan semoga DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Sementara itu, seorang lagi penerima Hassan Jemeri, 76, yang juga bekas nelayan amat bersyukur di atas bantuan yang diterima.

Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation

600 KELUARGA DI DAERAH JOHOR BAHRU TERIMA SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR600 keluarga…

تم النشر بواسطة ‏‎The Royal Johor‎‏ في الثلاثاء، ٢٣ يونيو ٢٠٢٠

Komen Anda?