5 Nelayan Pulau Aur Terima Kurniaan Engin Bot Daripada Sultan Johor

Sultan Johor kurnia enjin bot kepada lima nelayan

JOHOR BAHRU – Lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing terharu apabila dikurniakan enjin bot oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengurniaan itu susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan baginda ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.

Menurut seorang penerima enjin berkenaan, Hazran Harun, mereka semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan enjin itu selepas mereka ajukan permintaan kepada baginda sebelum ini.

“Semoga tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” katanya selepas penyampaian enjin tersebut di pekarangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman.

Sultan Ibrahim (tengah), Asman (tiga dari kiri) dan lima nelayan yang menerima sumbangan enjin bot daripada Sultan Johor di pekarangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.

Photo by FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

5 NELAYAN PULAU AUR TERIMA KURNIAAN ENJIN BOT DARIPADA SULTAN JOHOR

Lima orang nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing, cukup terharu apabila dikurniakan enjin bot oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini (17 November).

Pengurniaan itu adalah susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan Baginda Tuanku Sultan ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.

“Kami semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini selepas kami ajukan permintaan kepada Baginda tempoh hari. Semoga Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” kata Hazran Harun, salah seorang penerima enjin berkenaan.

Penyampaian enjin itu telah disempurnakan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing dan turut dihadiri Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman.

Daulat Tuanku

Komen Anda?