4 Gol Terhasil Melalui Sepakkan Dari Luar Kotak Penalti

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas semula kedudukan pendahulu liga selepas membelasah Selangor 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Apa yang lebih menarik 3 gol dalam separuh masa pertama dan 1 gol dalam masa kedua adalah dari Sepakkan dari luar kotak penalti.

Tidak dapat dinafikan lagi, Bergson da Silva merupakan seorang pemain yang cukup bagus di bahagian serangan. Dia menjadi tunjang utama pasukan dalam fasa menjana serangan ke kubu pasukan lawan.

Kelebihan utama Bergson adalah kemampuannya untuk melakukan hantaran jarak dekat dan jauh dengan tepat dengan menggunakan kedua-dua kakinya – kiri dan kanan, serta mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol padu dari luar kotak penalti.

Terkini, dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor FC, Bergson telah menjaringkan dua gol yang sangat padupersis tembakan kereta kebal dari luar kotak penalti.

Penyerang kelahiran Brazil itu tidak mensia-siakan umpanan cantik Fernando Forestieri yang bertindak pantas mengambil sepakan percuma menolak bola sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid. Ini mengejutkan pasukan Red Giant apabila memperoleh gol awal pada minit ke-3.

Skuad kendalian Benjamin Mora menambah derita buat Selangor menerusi sepakan percuma Forestieri menewaskan Khairulazhan pada minit ke-25.

Sepuluh minit berselang, JDT terus menghukum Gergasi Merah itu hasil jaringan Leandro Velazquez yang mendapat umpanan Afiq Fazail sebelum melencongkan bola ke arah penjuru kiri gawang melepasi jangkauan Khairulazhan.

JDT yang mendominasi permainan pada babak kedua itu melebarkan kedudukan hasil rembatan deras Bergson dari sudut sukar menewaskan Khairulazhan pada minit ke-55.

Arif Aiman pantas melakukan lontaran ke dalam kepada Bergson yang bijak menghidu peluang untuk melakukan percubaan terus ke arah gol menyebabkan Khairulazhan tertampan ke gawang sendiri.

Sebelum wisel penamat ditiup pengadil perlawanan, Mohamadou Sumareh yang dibawa masuk menggantikan Arif Aiman menanduk masuk hantaran lintang Safawi Rasid bagi melengkapkan malam gemilang buat JDT dengan berkesudahan JDT 5-1 Selangor.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?