2,500 Murid Sekolah Bakal Terima Bantuan Cermin Mata

2,500 murid terima bantuan cermin mata

JOHOR BAHRU: Seramai 2,500 murid sekolah bakal menerima bantuan cermin mata percuma bernilai RM500,000 hasil kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama syarikat Season Optical.

Sebuah lori khas akan berkunjung ke semua daerah di negeri ini dan memeriksa mata murid yang memerlukan menerusi kerjasama pihak sekolah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah amat mengalu-alukan pihak swasta yang ingin bekerjasama dengan YSIJ bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik yang kita semua lalui sejak tahun lalu, segala jenis bantuan yang boleh dihulur amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

“Saya berterima kasih kepada syarikat ini yang tampil untuk bekerjasama dengan yayasan saya dan membantu rakyat dengan cara mereka tersendiri,” titah baginda.

Baginda turut berkenan meninjau dan memeriksa sendiri lori khas berkenaan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili dan Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung.

Sumber : Berita Harian

Photo by FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

2,500 MURID SEKOLAH BAKAL TERIMA BANTUAN CERMIN MATA

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama Season Optical menjalinkan kerjasama dalam menghulurkan bantuan cermin mata bernilai RM500,000 kepada 2,500 murid sekolah di seluruh Johor.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah Baginda amat mengalu-alukan pihak swasta yang ingin bekerjasama dengan YSIJ bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik yang kita semua lalui sejak tahun lalu, segala jenis bantuan yang boleh dihulur amat dialu-alukan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

“Saya berterima kasih kepada syarikat ini yang tampil untuk bekerjasama dengan yayasan saya dan membantu rakyat dengan cara mereka tersendiri,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Sebuah lori khas akan berkunjung ke semua daerah dan memeriksa mata murid-murid yang memerlukan dengan kerjasama sekolah.

Baginda Tuanku Sultan turut berkenan meninjau dan memeriksa sendiri lori berkenaan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing, hari ini (22 Februari).

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh; Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili serta Ketua Pegawai Eksekutif Season Optical, Calvin Chung.

DYMM Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Pengarah Urusan Eco-Shop Marketing, Dato’ Sri Lee Kar Whatt dan Pengarah Eksekutif Lionmas Furnishers, Gan Cheng Swee yang merupakan antara penyumbang kepada usaha berterusan YSIJ membantu rakyat yang memerlukan.

Daulat Tuanku
Komen Anda?