18 Puasa Dalam 6 Hari Cecah Kutipan 2Juta

Abg Mamat Khalid …. Saya sgt suka filem arahan tuan ni. Banyak mesej yang disampaikan. Terkesan. 👍

Antara 4 filem ni, 15 puasa (2004) telemovie yang first sekali keluar, yang ni telemovie pendek saja, 40min lebih je durasi dia, habis tu tamat..

16 puasa & 17 puasa filem sekuel lepas 13 tahun filem 15 puasa direleasekan, 16 & 17 puasa ialah filem kesinambungan yang sama, watak pun sama dari kampung Beko, cuma yang takda watak pelakon yang dah meninggal dunia dan abang sabri yunus saja yang diganti pelakonnya..

Nak tanya ni, 18 puasa ni sambungan dia juga ke atau kisah orang baru dah? sebab dulu nama budak ngasri, sekarang jadi barkoba.. maafla bertanya, sebab teman xtengok lagi 18 puasa..

Selepas enam hari, 18 Puasa Di Kampung Pisang kutip RM2 juta

Kuala Lumpur: Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampung Pisang mencipta kejayaan baru apabila berjaya mencatat kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan di saluran Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, watak baharu yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya ‘Mim Alif Kap Nun = Mati’ dalam salah satu babak filem berkenaan.

Watak itu juga kemunculan semula pelakon senior itu selepas lama tidak muncul dalam filem dan drama. Di laman media sosial, ramai yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menonton filem komedi penuh mesej itu. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan pengarah, Mamat Khalid bersyukur filem itu mendapat sambutan luar biasa.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga menjadi fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan Ramadan.

“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampung Pisang. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan walaupun dalam era norma baharu bagi tayangan filem,” katanya dalam satu kenyataan.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua karya Mamat iaitu Kampung Pisang Bersiri-Siri dan 16 & 17 Puasa.

Filem berkenaan mengisahkan mengenai sekumpulan penduduk Kampung Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. 

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari di kebunnya, tiba-tiba berlaku satu insiden. 

Dia didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Sumber : Harian Metro

18 PUASA DI KAMPONG PISANG – OFFICIAL TRAILER [HD]

 53 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?