17 Pemain JDT Positif Influenza, Langkah Pencegahan Diambil – Alistair Edwards

17 pemain JDT positif influenza

KEM bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘diserang’ virus influenza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan selepas didapati positif simptom terbabit.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi kenyataan media di laman Facebook Johor Sotuhern Tiger memaklumkan beberapa kakitangan dan jurulatih turut didapati positif virus berkenaan.

Katanya, 10 pemain daripada skuad senior JDT, empat pemain membabitkan JDT II manakala tiga lagi adalah pemain JDT III.

“Pihak kelab mengambil langkah mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

“JDT juga melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam bagi memastikan persekitaran selamat untuk semua,” katanya.

JDT dijangka melayan kunjungan PJ City di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, esok sekali gus kemungkinan mengganggu perancangan jurulatih apabila 10 pemain terpaksa mendapat rawatan susulan selepas terkena virus terbabit.

Sumber : Harian Metro

Dukacita kami maklumkan bahawa skuad Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dijangkiti virus Influenza. 10 pemain dari pasukan senior JDT, empat dari JDT II, tiga dari JDT III dan beberapa jurulatih serta kakitangan telah diuji positif virus tersebut.

Pihak kelab telah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan. JDT juga telah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim