10 Tahun Impian, Kerja Keras Achey Berbaloi

Achey berkongsi foto kediaman impian yang kini menjadi miliknya di IG. Foto IG Achey

Assalamualaikum

Bismillah

Allah maha besar

Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri…

Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya..

Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan..

Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab..

Takleh taip panjang2… next gambar kita cerita lagi k..

Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian

@irfanfazail7

Assalamualaikum..Bismillah..Allah maha besar..Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga…

تم النشر بواسطة ‏‎Achey Kintangkintung‎‏ في السبت، ٨ أغسطس ٢٠٢٠

Kerja keras 10 tahun Achey berbaloi

KUALA LUMPUR: Kerja keras selama 10 tahun dan tabungan sejak mula mengabdikan diri dalam bidang seni menghadiahkan ganjaran tidak ternilai kepada pelawak Achey yang memiliki kediaman impian di Sungai Buloh, Selangor.

Berkongsi foto rumah teres tiga tingkat miliknya, Achey atau nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah memberitahu dia, isteri dan anak sudah berpindah ke rumah baharu yang dibeli sebahagiannya daripada hasil wang simpanan serta jualan aset peribadi.

“Selama 10 tahun saya dan isteri mengumpul wang untuk membeli rumah ini. Boleh dikatakan wang simpanan, pelaburan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) milik saya dan isteri, semuanya kering.

“Saya juga menjual empat biji motosikal berkuasa besar untuk membeli rumah ini. Tetapi saya tidak bayar penuh, saya masih berhutang dengan bank.

“Alhamdulillah, perniagaan banyak membantu kami. Terima kasih kepada doa dan pertolongan ramai orang yang membuatkan impian 10 tahun impian kami tercapai,” katanya kepada BH Online.

Namun, Achey enggan mendedahkan harga rumah yang dibelinya itu.

“Cukuplah saya beritahu rumah saya ada 13 kipas… Perkara lain saya simpan untuk diri sendiri sahaja. Rumah ini bukanlah luas, cuma pengubahsuaian membuatkan ia tampak luas,” katanya.

Dengan rumah yang lebih besar dan selesa, Achey tidak menolak berniat menambah anak.

“Kalau boleh saya mahukan 10 anak, rumah besar-besar takkan kami bertiga saja. Doakanlah rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Achey dan isteri Nor Hasanah Yahya yang berkahwin sejak sembilan tahun lalu, mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah pada 2018.

Achey juga bersyukur restoran yang diusahakan bersama keluarga, akan mula beroperasi mulai 17 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Achey bakal tampil dengan single berjudul Sembuh, tidak lama lagi.

“Saya merancang menghasilkan tiga single untuk mencukupkan lagu dalam sebuah album, tahun ini. Sembuh adalah kesinambungan daripada lagu Sakit.

“Insya-Allah, Sembuh akan diperdengarkan tidak lama lagi,” katanya.

Komen Anda?