10 Lori Tangki Ranhill SAJ Bantu Gangguan Bekalan Air di Negeri Sembilan

Ranhill SAJ Agih Air Bersih Kepada Pengguna Terjejas Di Negeri Sembilan

CYBERJAYA: Syarikat Ranhill SAJ menghantar bantuan khidmat 10 lori tangki air bagi membantu pihak Negeri Sembilan mengagihkan air bersih kepada pengguna terjejas.

Ini berikutan LRA Linggi di Negeri Sembilan telah menghentikan operasi dan telah menyebabkan gangguan bekalan air bersih dibeberapa kawasan.

“Berteraskan semangat kerjasama utuh dikalangan operator air,

“Ranhill SAJ telah menghantar bantuan khidmat 10 lari tangki air bagi membantu pihak Negeri Sembilan mengagihkan air bersih kepada pengguna terjejas,” kata kenyataan Ranhill SAJ dilaman facebooknya.

Terdahulu, Sebanyak 45,067 akaun pengguna Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.(SAINS) berdepan gangguan bekalan air melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berikutan gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Ianya berikutan runtuhan tebing Sungai Linggi yang mengakibatkan gangguan kepada operasi LRA Sungai Linggi.

Memetik kenyataan SAINS, Runtuhan tebing sungai tersebut dipercayai disebabkan oleh kejadian hujan lebat yang melanda beberapa kawasan lewat malam pada 3 November lepas. Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja baik pulih di tapak. –SuaraTV

Photo by FB SetitisYang Bermakna

10 Lori Tangki Ranhill SAJ Bantu Gangguan Bekalan Air di Negeri Sembilan

LRA Linggi Negeri Sembilan henti operasi dan telah menyebabkan gangguan bekalan air bersih dibeberapa kawasan. Berteraskan semangat kerjasama utuh dikalangan operator air, Ranhill SAJ telah menghantar bantuan khidmat 10 lori tangki bagi membantu pihak Negeri Sembilan mengagihkan air bersih kepada pengguna terjejas.

RanhillSAJ

SetitisYangBermakna

 32 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?