1 Juta Dos Vaksin Pfizer Disumbangkan Oleh Amerika Syarikat

Terdahulu Pesawat penerbangan Japan Airlines JL073 yang membawa vaksin AstraZeneca (AZ) sumbangan kerajaan Jepun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Julai lepas.

Selain vaksin yang disumbangkan Jepun, sebanyak satu juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer-BioNTech diperoleh pada hari ini sumbangan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN Bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters di Subang Airport pagi ini – menerima ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat.

Terima kasih rakan sejawat, TYT Antony Blinken serta Kerajaan US – Malaysia terutama Wisma Putra sangat hargai keprihatinan ini. Semoga hubungan erat πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ΊπŸ‡Έ terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran #COVID19! ✊🏻

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

LindungDiriLindungSemua

Komen Anda?