Laman Sesawang : Http://www.satujohor.net        -        Facebook : Http://www.facebook.com/satujohor        -        Email : admin@satujohor.net

 

Syarat2 Iklan

KADAR HARGA IKLAN DI LAMAN WEB SATUJOHOR

Berikut adalah kadar harga bagi pengiklanan laman web Satu Johor (Portal Komuniti Satu Johor)

1. Iklan Banner size 196 x 114 (Muka Hadapan) – Sebulan – Rm 100

Artwork untuk pengiklanan perlu disediakan oleh pihak pengiklan dan boleh dihantar melalui email kepada:

Email: admin@satujohor.net
 
Berikut merupakan terma dan syarat minimum bagi pihak pengiklan yang ingin mengiklankan di laman web www.satujohor.net
  1. Admin SatuJohor menerima semua iklan daripada pelawat/pengiklan kecuali iklan-iklan berikut:
  • Pengiklanan yang menggunakan gambar-gambar tidak bermoral atau ayat-ayat yang tidak bermoral seperti  menggunakan gambar lucah, ayat lucah dan seangkatanya.
  • Perkara yang diiklankan mengandungi perkara-perkara terlarang seperti pornografi, dadah, bahan memabukkan, perjudian dan perkara-perkara yang dilarang oleh undang-undang.
  • Pengiklanan perkara-perkara penipuan seperti scam skim cepat kaya atau ”Phishing” link bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi.
  • Pengiklanan yang bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan pihak lain dan juga berhubung kait dengan Politik.
  1. Admin SatuJohor tidak bertanggungjawab atas segala isi atau link yang diberi oleh pengiklan sama ada dari segi kualiti atau jumlah pelawat.
  2. Pengaktifan akan dibuat dalam tempoh kurang 24 jam  selepas pihak pengiklan menghantarkan bukti pembayaran kepada admin.
  3. Tempoh pengiklanan untuk sekali bayaran adalah selama 1 bulan dan email akan dihantar untuk memaklumkan tempoh tamat sesuatu iklan, bayaran boleh dibuat untuk penyambungan tempoh sesuatu pengiklanan. Kelewatan pembayaran akan menyebabkan iklan dipadam secara  automatik.
  4. Pengiklan dibenarkan membuat permohonan untuk mengubahsuai iklan mereka dalam tempoh pengiklanan itu dan ia juga tertakluk di atas persetujuan admin.
  5. Pengiklan boleh membatalkan pengiklanan mereka sebelum tempoh tamat, tetapi admin tidak akan mengembalikan wang pembayaran.
  6. Admin berhak menambah terma dan syarat untuk pengiklan sebelum iklan mereka diletakkan di laman web.
  7. Segala syarat di atas adalah tetap dan admin SatuJohor berhak meminda terma dan syarat ini pada masa hadapan.
  8. Admin SatuJohor berhak membatalkan mana-mana banner iklan jika pihak pengiklan melanggar terma dan syarat ini. Sebarang bentuk kekeliruan dan pertanyaan bolehlah  diemailkan kepada admin@satujohor.net.
  9. Perkhidmatan pengiklanan SatuJohor berdasarkan “first come, first serve”.
  10. Kesemua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan walau apa jua keadaan.
  11. Admin berhak menolak sesebuah iklan dengan apa jua sebab.
  12. Admin berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak pengiklan melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.
  13. Admin berhak meminda dan mengubah syarat yang ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  14. Setiap kontrak iklan yang telah tamat, pihak pengiklan berhak untuk menyambung atau menamatkan pengiklanan anda dengan Admin.
  15. Iklan yang dipamerkan akan mengikut format SatuJohor berdasarkan ruang iklan yang telah dipersetujui.
  16. Admin SatuJohor akan mengeluarkan iklan selepas kontrak pengiklanan tamat. Admin akan beranggapan bahawa pihak pengiklan sudah tidak berminat untuk menyambung kontrak pengiklanan sekiranya tiada sebarang bayaran tambahan diterima untuk menyambung tempoh iklan.
  17. Iklan akan disiarkan dalam masa 24 hingga 48 jam setelah Admin SatuJohor menerima bayaran penuh daripada pihak pengiklan.
  18. Admin SatuJohor memberi peluang untuk pengiklan menggunakan material pengiklanan (banner) sendiri mengikut saiz yang ditetapkan. Admin SatuJohor tidak menyediakan perkhidmatan merekabentuk pengiklanan. Pihak pengiklan perlu menyediakan material banner sendiri.
  19. Pengiklan boleh memilih untuk mengiklankan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  20. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh siaran iklan di laman web SatuJohor.
0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes