Laman Sesawang : Http://www.satujohor.net        -        Facebook : Http://www.facebook.com/satujohor        -        Email : admin@satujohor.net

 

Satu Johor

Pengenalan Satu Johor dalam laman sosial ini merapatkan ikatan perkenalan antara satu sama lain, memberi info-info terkini mengenai negeri Johor dan memperkenalkan Johor pada semua. Salam 1 Johor 1 Malaysia!!!

Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.

Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-2 terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kota Tinggi. Nama rasminya iaitu “Darul Ta’zim” berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Daerah-daerah yang terdapat di Johor adalah Johor Baharu, Muar, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulaijaya,Kota Tinggi, Mersing dan Ledang.

0.00 avg. rating (0% score) - 0 votes